Keuntungan Perusahaan Industri Besar Naik 3.5 Peratus

2022-05-27 12:30:28  CRI
Share with:

Menurut statistik yang diumumkan oleh Biro Statistik Negara (NBS) hari ini, penularan pandemik COVID-19 di beberapa tempat di negara ini memberikan impak kepada pengeluaran dan pengelolaan perusahaan industri pada April lalu, sekali gus mengakibatkan penurunan keuntungan perusahaan-perusahaan tersebut.

Menghadapi situasi yang meruncing itu, kerajaan pelbagai tempat giat melaksanakan langkah-langkah kerajaan untuk menangani impak wabak. Antaranya menjamin pembekalan tenaga, membantu syarikat mengatasi kesukaran, dan menyokong pembangunan ekonomi sebenar, dan ini diyakini dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi industri.

Pada Januari hingga April lalu, keuntungan perusahaan industri besar meningkat 3.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Kadar ini menurun 5 peratus berbanding tempoh Januari hingga Mac lalu.

Seiring dengan situasi wabak yang kian reda, pengeluaran dipulih, dan langkah-langkah untuk meringankan beban perusahaan terus dilaksanakan, keuntungan perusahaan industri dijangka akan beransur-ansur pulih.