Pelbagai Negara Harus Berniaga dengan China: Lee Hsien Loong

2022-05-27 13:00:57  CRI
Share with:

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyatakan, pelbagai negara harus berniaga dengan China, kerana peluang ada di sana dan pasaran ada di sana. Lebih banyak negara akan mengalu-alukan pelaburan dari China.

Lee ketika diwawancara oleh akhbar Nikkei Jepun baru-baru ini menyatakan bahawa China menduduki bahagian lebih besar dalam ekonomi dunia, dan adalah biasa untuk menjalankan lebih banyak perdagangan dengan China. Tidak berniaga dengan China akan menanggung kerugian besar.

Menurutnya, Singapura menyokong insiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China. China mempunyai pengaruh semakin besar berikutan pertumbuhan ekonominya yang pesat. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi hampir semua entiti ekonomi di Asia.

China telah mencipta peluang kerjasama, perdagangan dan kemakmuran. Banyak negara ingin mengambil peluang daripada pembangunan China dan berharap meningkatkan hubungan perdagangan dengan China.

Singapura ialah negara pengerusi bergilir Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) tahun ini. Lee menyatakan, CTPTT ialah satu pertubuhan yang terbuka dan Singapura mengalu-alukan China untuk menyertainya.