China Komited Menuju Ke Arah FTAAP Komprehensif, Bertaraf Tinggi

2022-05-27 13:40:10  CRI
Share with:

China komited untuk menuju ke arah zon perdagangan bebas Asia Pasifik (FTAAP) yang komprehensif dan bertaraf tinggi, kata jurucakap Kementerian Perdagangan, Gao Feng. 

Menurutnya, China akan menyusun pelan kerja berhubung pembangunan ekonomi digital dan ekonomi hijau, serta aktif mengambil bahagian dalam penggubalan dokumen panduan baharu bagi memajukan FTAAP.

Gao turut menyatakan, China akan terus berusaha ke arah menganggotai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (DEPA).

“China juga akan terus melaksanakan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara berkualiti tinggi, sekali gus menyumbang kepada kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan serantau,” katanya semasa sesi taklimat di sini, pada Khamis.

Beliau menambah, China akan menggiatkan sinergi dengan negara-negara ASEAN untuk membina Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0, di samping menjalin hubungan perdagangan bilateral dan serantau yang saling menguntungkan.