Xi, Patriot yang Baktikan Seluruh Jiwa Raga untuk Negara

2022-05-27 09:35:02  cri
Share with:

Pada 1985, Xi Jinping pernah membuat lawatan ke Amerika Syarikat (AS) sebagai Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di kaunti Zhengding, provinsi Hebei.

Semasa melawat di bandar Muscatine, beliau menginap di rumah Dvorchak selama dua malam.

Pada 2012, Xi yang menyandang jawatan Naib Presiden China ketika itu, sekali lagi berpeluang menjejakkan kaki ke Muscatine semasa lawatan beliau di AS.

Meskipun Dvorchak dan isterinya telah berpindah ke Florida ketika itu, namun kedua-duanya kembali ke Muscatine untuk bertemu dengan Xi.

Pada 2015, Xi yang menyandang jawatan Presiden China mengundang Dvorchak sekeluarga makan malam bersama di Wisma Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.

Inilah ikatan persahabatan yang sudah terjalin selama 30 tahun.

Anak Dvorchak, Gary menyifatkan Xi sebagai seorang patriot yang membaktikan seluruh jiwa raga untuk China.