Berangan-angan Sahaja Nak Kekang China

2022-05-28 12:36:37  CRI
Share with:

Pemimpin empat negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Jepun, India dan Australia mengadakan sidang kemuncak "Mekanisme Quad" di Tokyo baru-baru ini. Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mempengerusikan sidang itu. Walaupun kenyataan bersama sidang itu tidak menyebut nama China, namun mengikut laporan media Jepun, sasarannya adalah amat jelas.

“Konfrontasi dua pihak" dengan China yang digembar-gemburkan oleh pihak Jepun hampir satu misi yang mustahil. Manakala, AUKUS, hubungan perkongsian keselamatan tiga hala antara Australia, Britain dan AS berniat mencetuskan "Perang Dingin baharu" di Asia, dipersoalkan dan dikritik oleh kebanyakan negara Asia termasuk Malaysia dan Indonesia.

Ditinjau dari segi ekonomi, QUAD mahu memperkukuh pelaburan prasarana dan mempunyai niat yang jelas untuk berkonfrontasi dengan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China. Ini amat sesuai dengan tuntutan beberapa ahli politik Jepun. Bagaimanapun, mengikut maklumat yang diumumkan Perdana Menteri Jepun, QUAD akan memperuntukkan 50 bilion dolar Amerika dalam tempoh lima tahun akan datang, dan jumlah ini tidak mampu memenuhi keperluan India sahaja.

Sayap kanan di Jepun secara aktif menyokong AS untuk mempromosikan apa yang disebut "strategi Indo-Pasifik". Niat sebenar mereka adalah untuk menjadikan Jepun berpeluang membebaskan diri daripada belenggu sistem pasca perang, mempunyai hak berperang, dan mewujudkan pemulihan militarisme. Jepun telah melancarkan perang pencerobohan terhadap jirannya dalam sejarah, dan kini asyik nak "keluar dari Asia dan menyertai Eropah". Kini negara itu menghasut konfrontasi ideologi dan secara terang-terangan menyambut AS dan mengkhianati Asia, yang secara serius mengancam keamanan dan kestabilan rantau Asia.


Keamanan dan pembangunan di rantau Asia-Pasifik bukanlah dicapai dengan mudah. China dengan teguh mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan kepentingan pembangunan. Tentera dan ahli politik Jepun digesa menghentikan tindakan berbahaya dan mengelakkan mengheret Jepun ke dalam jurang lagi.