“Kekang China” Tak Dapat Selesaikan Krisis Dalam Negeri
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ketika menyampaikan ucapan di Universiti George Washington (GWU) pada Khamis lalu menyatakan, “pelaburan, persekutuan dan persaingan” adalah tiga keutamaan dalam dasar AS terhadap China. Berbanding dengan dasar sebelumnya yang mengetengahkan “persaingan, kerjasama dan konfrontasi”, dasar terbaharu tersebut mencerminkan obsesi AS untuk terus mengekang China tidak berubah, namun tidak mampu melakukan apa yang diingininya.
Pada bulan Mac lalu, Blinken mengemukakan dasar “persaingan, kerjasama dan konfrontasi” dengan China dalam ucapan pertama sejak memegang jawatan sebagai Setiausaha Negara. Pada masa ini, dasar baharu tersebut hanya mengubah cara untuk mengekang China, dan apa yang tidak berubah ialah mentaliti Perang Dingin dan komplot hegemoni.
Yang harus diberi perhatian adalah Blinken sambil mengotorkan imej China, sambil menyatakan “mengelakkan konflik atau Perang Dingin baharu” dengan China.
AS sedang bergelut dengan masalah domestik dalam tempoh lama. Menurut keputusan tinjauan umum oleh Gallup pada Rabu lalu, hanya 16 peratus rakyat di AS berpuas hati dengan situasi negara itu pada masa ini, ekoran sering berlakunya kes tembakan berskop besar, inflasi yang tinggi dalam sejarah, kekurangan barangan, dan harga minyak yang tinggi. Pada masa yang sama, 83 peratus rakyat menganggap negara itu telah “lari dari landasan normal”.
Tinjauan umum bersama oleh Reuters dan Ipsos pada Selalu lalu juga mendapati bahawa kadar sokongan Presiden Biden telah menurun ke 36 peratus, iaitu tahap paling rendah dalam tempoh perkhidmatannya.
Bagi kerajaan AS, terdapat banyak masalah domestik harus ditangani. Tumpukan tenaga pada langkah-langkah “mengekang China” tidak dapat menyelesaikan krisis dalam negerinya.