3 Cedera Kes Tembakan di Chicago

2022-05-29 14:01:13  CRI
Share with:

Kes tembakan yang berlaku di kawasan Austin Selatan, Chicago, Amerika Syarikat (AS) menyebabkan 3 orang cedera, antaranya seorang parah.

Menurut polis tempatan, tembakan itu berlaku pada kira-kira 10.15 malam Sabtu waktu tempatan. Tiga mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Polis sedang menyiasat kejadian tembakan itu, dan setakat ini, suspek masih belum dapat ditangkap.