Saluran Baharu Tingkatkan Keefisienan Pengangkutan China-Myanmar
Kumpulan pertama bahan yang diangkut melalui saluran baharu kereta api dan lebuh raya antara China dengan Myanmar berjaya dihantar ke wilayah Myanmar semalam.
Kumpulan bahan ini dalam 60 TEU, termasuk peralatan mekanikal, alat ganti elektronik, alat ganti kereta dan motosikal.
Bahan tersebut dihantar dari bandar Chongqing ke Lincang, provinsi Yunnan menggunakan kereta api, disambung dengan pengangkutan lebuh raya ke Myanmar. Ia dijangka akan dihantar ke bandar Mandalay, tengah Myanmar pada awal bulan Jun.
Saluran pengangkutan kereta api dan lebuh raya ini dapat mengurangkan masa pengangkutan kira-kira 20 hari berbanding dengan cara sebelumnya. Di samping itu, kos pengangkutannya juga dapat dikurangkan sebanyak 20 peratus.