1 Maut, 7 Cedera Tragedi Tembakan di Oklahoma

2022-05-30 12:12:37  CRI
Share with:

Seorang maut dan tujuh lagi cedera termasuk dua remaja dalam kejadian tembakan di festival muzik luar di Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Kejadian berlaku ketika kira-kira 1,500 orang sedang menyertai festival muzik itu di Dataran Kota Lama, Taft pada awal pagi.

Saksi memberitahu polis bahawa berlakunya pertengkaran dipercayai menjadi punca tragedi tersebut.

Menurut Biro Penyiasatan Negeri Oklahoma, suspek berkenaan masih belum diberkas setakat ini.

Data daripada laman web Gun Violence Archive (GVA), AS menunjukkan, lebih 17,000 orang termasuk kira-kira 640 di bawah umur diragut nyawa dalam insiden berkaitan senjata api di seluruh negara itu dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.