Malaysia Adakan Pesta Budaya dan Seni Duanwu

2022-05-30 12:50:09  CRI
Share with:

Pesta Budaya dan Seni Duanwu yang dianjurkan bersama-sama oleh beberapa kumpulan budaya Cina di Malaysia talah membuka tirainya di Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurut panganjur, pelbagai jenis aktiviti akan diadakan termasuk pameran kaligrafi dan lukisan, simposium seni, mengecat perahu naga untuk kanak-kanak, deklamasi puisi bagi memperingati Qu Yuan, dan syarahan perubatan tradisional Cina.

Turut difahamkan, sebanyak 10,000 buah ketupat juga akan diagihkan kepada penduduk tempatan secara percuma bagi bersama-sama menyambut Pesta Duanwu yang dijadual berlangsung sehingga 4 Jun.