Aktiviti Merayakan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik China-Malaysia

2022-05-30 11:50:22  CRI
Share with:

Sempena hari ulang tahun ke-48 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia yang jatuh pada 31 Mei, 32 pasukan bola keranjang belia dari China dan Malaysia telah mengadakan aktiviti Karnival Bola Keranjang pada Sabtu lalu.

Aktiviti yang dianjurkan Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) dengan sokongan Kedutaan Besar China di Malaysia dan Majlis Perniagaan Malaysia-China tersebut juga adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 PPMC.

Demi memperingati hubungan yang stabil dan persahabatan antara kedua-dua negara sekian lama, PPMC memilih bulan Mei sebagai ‘Bulan Ikatan Diplomatik dan Persahabatan’ dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Untuk rekod, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China pada 31 Mei 1974, sekali gus menjadi negara ASEAN pertama yang berbuat sedemikian.