Vaksin COVID-19 Sumbangan China Tiba di Myanmar

2022-05-30 13:14:12  CRI
Share with:




Vaksin COVID-19 kumpulan baharu dan barang perubatan lain yang disumbangkan kerajaan China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar, pagi Ahad.

 

Majlis penyerahan sumbangan berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai dan Kementerian Kesihatan Myanmar, Thet Khaing Win.

 

Sejak tercetus pandemik COVID-19, China kerap menyalurkan sumbangan terdiri daripada pelbagai jenis bantuan termasuk vaksin dan oksigen cecair, di samping terus melaksanakan inisiatif kerjasama "perisai kesihatan ASEAN China" untuk membantu Myanmar menghasilkan vaksin serta meningkatkan kadar pemvaksinan di negara itu.

 

Dalam perkembangan lain, Chen berkata China akan terus mendorong pembinaan projek pusat pencegahan penyakit dan pusat latihan ahli perubatan di Myanmar.

 

Pada hari sama, kedua-dua pihak telah menandatangani program makmal penyakit haiwan dan menjalankan program pembasmian penyakit malaria di kawasan sempadan China-Myanmar.

 

China berharap agar langkah-langkah berkenaan boleh membantu Myanmar meningkatkan pembinaan sistem kesihatan awam dan keupayaan dalam menghadapi kejadian kesihatan awam.

 

Sementara itu, Thet Khaing Win turut menzahirkan penghargaan kepada China atas sumbangan besarnya kepada Myanmar.

 

Menurut beliau, vaksin sumbangan China kali ini akan digunakan untuk pemvaksinan remaja dan kanak-kanak di negara itu.“Kenderaan bergerak untuk ujian pengesanan COVID-19 akan digunakan untuk pencegahan wabak di kawasan sempadan.

 

“Kedua-dua pusat yang disebutkan Duta Besar China ke Myanmar itu dijangka akan memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit berjangkit di Myanmar sebagai institusi diiktiraf serantau dan antarabangsa,” ujar Thet.

 

Beliau turut yakin bahawa kerjasama persahabatan Myanmar-China akan mempergiat usaha pencegahan wabak, selain mendorong pembangunan seimbang kesihatan dan sosioekonomi kedua-dua negara.