14 Lagi Diselamatkan Insiden Feri Karam di Indonesia

2022-05-30 11:32:53  CRI
Share with:

Seramai 14 lagi penumpang berjaya diselamatkan dan 11 orang masih hilang dalam insiden feri karam di perairan berhampiran wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia, menurut agensi mencari dan menyelamat pada Ahad. 

Feri terbabit yang membawa 42 penumpang terbalik Khamis lalu ekoran kehabisan minyak dan cuaca buruk, ketika dalam perjalanan dari Makassar menuju Pulau Kalmas di daerah Pangkep.

Setakat Sabtu, 17 orang daripadanya telah diselamatkan manakala 25 lagi dilaporkan hilang.