Blinken Bukan Jurucakap ASEAN

2022-05-30 15:51:26  CRI
Share with:

Setiausaha Negara Amerika Antony Blinken membentangkan dasar China kerajaan Joe Biden minggu ini.

 

Namun, menurut apa yang Satria teliti dari ucapan tersebut, yang benar-benar ada hanyalah satu tema sahaja: Amerika diutamakan.

 

Pembangunan kekuatan ekonomi, diplomatik, ketenteraan dan teknologi China disifatkan cabaran jangka panjang yang paling teruk terhadap tata tertib antarabangsa.

 

Tetapi, niat Amerika menggalakkan persekitaran strategik untuk menyekat China disifatkan “membangunkan sistem antarabangsa yang terbuka dan inklusif”.

 

Yang lebih berniat jahat adalah Blinken berulang kali mewakili ASEAN mendakwa China menjejaskan tata tertib serantau dalam ucapannya.

 

Menurutnya, Amerika tidak memaksa pelbagai negara mengadakan pilihan, tapi membantu mereka meningkatkan kemampuan supaya tidak berada dalam keadaan menghadapi hanya satu pilihan sahaja.

 

Secara lebih mudah, maksudnya adalah pelbagai negara mempererat hubungan ekonomi dengan China kerana menghadapi paksaan.

 

Bagi Blinken, usaha Amerika untuk membantu ASEAN termasuk Sidang Kemuncak Amerika-ASEAN, mengundang 7 negara ASEAN menjadi pengasas Rangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF).

 

Tapi suara dari ASEAN yang Satria dengar baru-baru ini adalah Tun Mahathir mengecam Amerika selalu berniat menggunakan golongan seperti IPEF untuk menyekat China ketika berucap di mesyuarat antarabangsa “The Future of Asia” anjuran Nikkei di Tokyo.

 

Menurut beliau, IPEF sama sekali bukan satu kumpulan ekonomi, sebaliknya pertubuhan ekonomi. AS perlu sedar bahawa “China is there”, dan hidup bersama dengan China.

 

Manakala dalam platform yang sama, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyatakan bahawa mengembangkan perdagangan dengan China adalah normal.

 

Beliau menyatakan bahawa China merupakan rakan dagang terbesar bagi hampir semua entiti ekonomi di Asia. China menyediakan peluang untuk kerjasama, perdagangan dan kemakmuran. Banyak negara bersedia menggunakan peluang yang dibawa dengan pembangunan China, memperluas perdagangan dengan China, sebab peluang dan pasaran semuanya berada di sana.

 

Beliau secara terus-terang menyatakan Singapuran menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan merupakan anggota “Kumpulan Sahabat GDI”.

 

Blinken dalam ucapannya menyifatkan Amerika telah memelihara kemakmuran dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan dalam puluhan tahun yang lalu. Tapi pada minggu ini, China dan negara-negara ASEAN mengadakan mesyarakat ke-36 kumpulan bersama Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) di Siem Reap, Kemboja.

 

Keselamatan serantau dipelihara dengan rundingan pelbagai negara serantau, mana mungkin dipelihara dengan kapal perang dan jet pejuang pihak ketiga?

 

Tiada mendengar suara dari China, tidak mendengar suara dari ASEAN, tentulah tidak mungkin mendengar suara anggota masyarakat antarabangsa yang lain. Tata tertib antarabangsa yang berulang kali ditegaskan Antony Blinken sebenarnya tata tertib Amerika saja.

 

Yang mematuhi tata tertib Amerika boleh hidup, dan mereka yang berani menentang mesti dimusnahkan. Ini tidak berubah berbanding penjajahan mereka pada ratusan tahun yang lalu.