Kerjasama China-Negara Kepulauan Pasifik Semakin Erat

2022-05-31 13:25:07  CRI
Share with:

Pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah kunci penting dalam membantu dunia menangani cabaran dan pembaharuan, kata Presiden China, Xi Jinping.

Setelah membaca ucapan tertulis Xi, Menteri Luar Wang Yi berkata China bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak dalam usaha menyuntik kestabilan kepada dunia yang kian mencabar dan berubah serta pelbagai ancaman yang tercetus, di samping mewujudkan perpaduan dan keyakinan kepada masyarakat antarabangsa yang dilihat semakin berpecah belah.

 


"China komited untuk menyanjung tinggi prinsip saling hormat, menyasarkan matlamat pembangunan bersama, mengintensifkan interaksi politik, mengambil inisiatif dalam perubahan iklim dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya.

 

"Selain itu China juga lomited memperkukuh perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat antarabangsa, agar hubungan bilateral dapat terus diperluas untuk memperoleh hasil yang memberangsangkan.

 

“Untuk itu, China akan terus membangunkan enam wahana kerjasama baharu dalam membanteras kemiskinan, perubahan iklim, pencegahan bencana, pertanian dan tumbuhan cendawan dan herba,” 

 

Wang berkata pada Mesyuarat Kedua Menteri Luar China-Kepulauan Pasifik di Suva, Fiji pada Isnin, kesemua 10 hasil yang dicapai dalam mesyuarat edisi pertama berjaya dilaksanakan.


Ucapan tertulis Xi turut mendapat perhatian dalam kalangan peserta Mesyuarat Ke-2 Menteri Luar China-Kepulauan Pasifik yang menyifatkan ia memperlihatkan keprihatinan dan keikhlasan China terhadap hubungan bilateral.

 

Kepulauan Pasifik menghargai persahabatan dengan China, dan turut menzahirkan penghargaan atas bantuan dalam memerangi COVID-19, mempertingkat keteguhan ekonomi, dan mewujudkan pembangunan secara berdikari.

 

Difahamkan, Kepulauan Pasifik juga akan menyokong pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta Inisiatif Pembangunan Global, mengamalkan dasar “Satu China”, memperluas bidang kerjasama, mempelajari pengalaman pembaharuan dan pembangunan China, untuk mendorong Strategi Pasifik Biru 2050.

 

Untuk rekod, mesyuarat kali ini dipengerusikan secara bersama oleh Wang Yi dan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Fiji, Josaia Voreqe Bainimarama.