Xi Temui Ketua Eksekutif Baharu Hong Kong

2022-05-31 11:37:28  cri
Share with:

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan ketua eksekutif baharu Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu di Beijing pada Isnin.

Xi berkata, sudah dibuktikan bahawa sistem pilihan raya baharu memainkan peranan penentuan bagi memastikan “Hong Kong ditadbir patriot” dan kedudukan penduduk Hong Kong sebagai tuan wilayah itu, sekali gus mendorong solidariti dan kolaborasi pelbagai lapisan masyarakat untuk membangunkan Hong Kong.

Beliau menyifatkan sistem pilihan raya itu sebagai sistem politik dan demokrasi yang selaras dengan dasar “satu negara, dua sistem”, serta bersesuaian dengan keadaan sebenar dan keperluan pembangunan Hong Kong.  

Xi turut menegaskan komitmen untuk mempertahankan pelaksanaan dasar “satu negara, dua sistem” secara menyeluruh dan tepat.

Pada hari sama, Perdana Menteri Li Keqiang telah menemui John Lee dan menyampaikan perintah Dewan Negara yang melantik beliau sebagai ketua eksekutif penggal keenam HKSAR.