Strategi "Dinamik Sifar COVID-19" Terbukti Cekap

2022-05-31 14:30:51  CRI
Share with:

Data-data dikeluarkan media Amerika Syarikat (AS) mutakhir ini menunjukkan negara itu kemungkinan sedang mengalami lonjakan mendadak kes harian baharu COVID-19 secara senyap-senyap.

Pada masa sama, usaha China membendung COVID-19 mendapatkan hasil memuaskan apabila penularan wabak di Beijing dan Shanghai berjaya dikawal dengan efektif.

Perbandingan itu menjadi gambaran sebenar prestasi kedua-dua negara, iaitu AS lalai dalam usaha melawan wabak, sedangkan China berpegang teguh kepada strategi "dinamik sifar".

Sejak tercetusnya COVID-19, lebih sejuta rakyat AS diragut nyawa yang turut menyebabkan 200,000 kanak-kanak menjadi yatim piatu.

Tindakan AS yang sentiasa mendahulukan modal dan kepentingan politik sendiri adalah punca utama tragedi seperti itu.

Sebaliknya, China mengamalkan pendekatan "dinamik sifar" berlandaskan prinsip “rakyat didahulukan, nyawa diutamakan”.

Seluruh masyarakat berganding bahu dalam perjuangan menghapuskan pandemik hingga mencapai hasil maksimum dengan kos minimum, sekali gus menjamin kesihatan 1.4 bilion rakyat serta orde aktiviti pengeluaran dan kehidupan masyarakat.

Selain itu, pemulihan operasi pengeluaran secara terlebih dahulu di China juga dapat mengisi jurang bekalan dan permintaan global, sekali gus menstabilkan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan sejagat.

Strategi "dinamik sifar" terbukti sejajar dengan keadaan negara serta hukum sains

Ketika ini, pandemik COVID-19 masih menular di seluruh dunia, menyebabkan wujudnya banyak unsur ketidaktentuan.

Kesungguhan China dalam mengekalkan pendekatan itu merupakan tindakan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya sendiri, malah rakyat seluruh dunia.