China, Fiji Ikrar Mantapkan Perkongsian

2022-05-31 13:22:22  CRI
Share with:

China teguh menyokong usaha Fiji dalam memelihara kestabilan masyarakat dan perpaduan etnik, mengamalkan dasar luar yang bebas, serta memainkan peranan lebih penting dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi dalam pertemuan dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Fiji, Josaia Voreqe Bainimarama di Suva, ibu negara Fiji pada Isnin.

Bainimarama pula berkata, Fiji dan China mengekalkan hubungan yang erat sejak terjalinnya ikatan diplomatik 47 tahun lalu.

Fiji akan terus berpegang pada dasar satu China, sambil mempertingkatkan perkongsian dengan negara Tembok Besar ini.