Gagal Lindungi Kanak-kanak, Masakan Layak Bicara Hak Asasi

2022-06-01 15:17:42  CRI
Share with:

Kes tembakan yang berlaku di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada minggu lepas menyebabkan sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak dan dua orang dewasa terbunuh. Tragedi itu telah mengejutkan seluruh dunia.

Kanak-kanak dan remaja membawa harapan kepada masa depan, dan merupakan golongan rentan yang harus diberi perlindungan dengan baik.

Keprihatinan terhadap golongan itu turut memaparkan tahap ketamadunan dan pembangunan hak asasi manusia di sesebuah negara.

Sebagai satu-satunya kuasa terhebat di dunia, AS gagal memberikan perlindungan kepada kanak-kanak sendiri. Oleh itu, masakan politikus negara itu layak berbicara tentang “demokrasi” dan “hak asasi manusia”?

Menurut statistik, AS yang berpopulasi 4 peratus daripada penduduk sejagat mempunyai lebih 400 juta senjata api. Senjata api peribadi negara itu menempati lebih 46 peratus daripada keseluruhan dunia.

Keganasan senjata api antara masalah yang berakar umbi di masyarakat AS, dan makin berleluasa berikutan keselamatan sosial dan antagonisme antara kaum terus memburuk di negara itu pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Apabila berlakunya kes tembakan, politikus AS dilihat sering kali menggunakan tiga kaedah untuk menanganinya, iaitu dengan “berdoa, menyenangkan hati rakyat dan menyampaikan pidato”.

Di mata mereka, hak asasi tidak melibatkan golongan rentan yang tidak dapat menyumbang undi.

Tatkala kuasa dan modal didahulukan daripada nyawa rakyat, nescaya bakal tercetusnya tragedi berkaitan hak asasi manusia. Ketidakcekapan kerajaan AS dalam menangani keganasan senjata api memperlihatkan dengan nyata bahawa demokrasi gaya AS tidak dapat melindungi rakyat jelata.