Negara Kepulauan Pasifik Bukan ‘Halaman Belakang’ Barat
Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan secara bertulis kepada Mesyuarat Menteri Luar China-Negara Kepulauan Pasifik kedua pada Isnin, menyifatkan keberhasilan kolaborasi kedua-dua pihak sebagai teladan kerjasama Selatan-Selatan menyasar kesalinguntungan.
Hasil mesyuarat tersebut, banyak konsensus penting dicapai antaranya termasuk siri wawasan kerjasama bersandarkan kepada pembangunan bersama dan saling menghormati.
Ini sekali gus menyuntik momentum baharu kepada kolaborasi antara China dengan negara-negara kepulauan Pasifik.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS), Australia dan segelintir negara lain yang memegang mentaliti hegemoni telah lama melihat negara kepulauan Pasifik sebagai ‘halaman belakang’ dan ‘lingkungan kuasa’ sendiri, sehingga tidak membenarkan negara berkenaan memilih rakan kerjasama secara bebas.
Mereka turut menunjukkan ‘kegelisahan’ terhadap kerjasama yang semakin erat antara China dengan negara kepulauan Pasifik.
Sepertimana dinyatakan Setiausaha Agung Forum Kepulauan Pasifik (PIF), Henry Puna, China merupakan rakan penting yang menyumbang besar kepada pembangunan negara kepulauan Pasifik. Jumlah perdagangan kedua-dua pihak telah meningkat lebih 30 kali ganda dalam tempoh 30 tahun lalu.
Dalam mesyuarat kali ini, China mengumumkan akan terus membangunkan enam wahana kerjasama baharu dalam membanteras kemiskinan, perubahan iklim, pencegahan bencana, pertanian dan tumbuhan cendawan dan herba.
Negara kepulauan Pasifik adalah negara yang merdeka dan berdaulat, bukan halaman belakang milik sesiapa atau alat digunakan dalam persaingan kuasa besar.
Tatkala AS dan Australia cuba menghasut konfrontasi di Asia Pasifik, pemerkasaan kerjasama antara China dan negara kepulauan Pasifk menjadi penaung kuat kepada keamanan, kestabilan dan pembangunan rantau berkenaan.
Ia juga memperlihatkan bahawa semua negara tak kiralah besar atau kecil dapat melayan satu sama lain secara sama rata, dan berdampingan ke arah situasi menang-menang.