Jualan Runcit Produk Penggunaan Sosial China Meningkat 1.1 Kali Ganda

2022-06-01 13:25:51  CRI
Share with:

 

Sepanjang tahun 2012 hingga 2022, permintaan penggunaan penduduk China menyaksikan peningkatan seiring dengan penambahan pendapatan dan peningkatkan taraf kehidupan secara berterusan.

 

Jumlah jualan runcit produk penggunaan sosial China direkodkan sebanyak RMB44.1 trilion (RM28.9 trilion) pada 2021, iaitu meningkat 1.1 kali ganda berbanding pada 2012, dengan kadar pertumbuhan purata setahun sebanyak 8.8 peratus.

 

Sejak beberapa tahun lalu juga, penggunaan sudah menjadi tenaga penggerak pertama bagi pertumbuhan ekonomi.

Pada sebelah malam, pasar malam yang disediakan di pelbagai bandar di China turut mencerminkan kedinamikan sesebuah bandar.

 

Dalam tempoh sedekad lalu, model perniagaan baharu termasuk jualan runcit dalam talian, e-dagang rentas sempadan dan pembayaran melalui aplikasi mudah alih telah berkembang pesat.

 

Di samping itu, pendigitalan dan transformasi pintar yang dijalankan perusahaan konvensional bukan sahaja menjadi enjin penting pertumbuhan ekonomi, malah turut mengubah kehidupan harian rakyat China secara drastik.