Pelbagai Sektor di Shanghai Kembali Beroperasi Seperti Biasa

2022-06-01 13:10:26  CRI
Share with:

Setelah langkah pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 dilaksanakan secara rutin, operasi pengeluaran dan kehidupan rakyat kembali dipulihkan di Shanghai secara menyeluruh, hari ini.

Demikian umum pihak berkuasa tempatan Shangai dalam satu sidang media, pada Selasa.


Menyentuh aspek masyarakat, Shanghai akan menjalankan pengurusan secara berstruktur.

"Sebagai contoh, sekiranya kes positif dilaporkan, kami akan menggariskan kawasan berisiko sederhana dan tinggi mengikut piawaian negara dan mengambil langkah kawalan dengan ketat.

"Bagi kawasan yang ditutup, penduduknya dilarang keluar masuk dan akan diberi perkhidmatan pintu ke pintu oleh pekerja di kompleks perumahan," jelas maklumat itu lagi.

Bagi kawasan yang tiada kes positif selama tujuh hari, statusnya akan ditukarkan kepada ‘kawasan pengawasan’ dan kemudiannya akan diturunkan lagi kepada status 'kawasan pencegahan' selepas tiada kes baharu selama tiga hari berturut-turut.

Individu yang mengunjungi tempat atau menggunakan pengangkutan awam perlu menunjukkan keputusan negatif ujian swab (NAT) dalam tempoh 72 jam.

Menurut maklumat berhubung pengangkutan awam, perkhidmatan bas dan kereta api bawah tanah akan dipulihkan dalam metropolitan itu pada hari ini, manakala penerbangan domestik pula kembali beroperasi di Shanghai dengan kadar muatan penumpang yang terhad.

Bagi sektor perniagaan, operasi di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan farmasi, ia akan dipulihkan secara teratur, dengan aliran pelanggan dihadkan kurang daripada 75 peratus.

Selain itu, tempat kebudayaan dan pelancongan serta stadium di luar juga kini beroperasi semula, dengan aliran pengunjung tidak melebihi 75 peratus, manakala tempat tertutup seperti panggung wayang dan gimnasium tidak dibuka untuk sementara waktu.

Di samping itu, pengeluaran dipulihkan secara menyeluruh dengan pencegahan dan kawalan wabak diselesaikan, dan sesi pembelajaran disambungkan untuk pelajar gred tiga dan dua di sekolah menengah tinggi serta gred tiga di sekolah menengah rendah.