Pengusaha Ladang AS Terkesima Pengetahuan Xi Tentang Pertanian

2022-06-01 09:13:23  CRI
Share with:

Pada 1985, Xi Jinping pernah membuat lawatan ke Amerika Syarikat (AS) sebagai Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di kaunti Zhengding, provinsi Hebei untuk meninjau sektor pertanian di Iowa.

 

Pada 2012, Xi yang menyandang jawatan Timbalan Presiden China ketika itu, sekali lagi berpeluang ke Lowa dalam lawatannya di AS untuk meninjau ladang dimiliki keluarga Kimberley.

 

Sehingga masa ini, peladang Rick Kimberley masih mengingati suasana semasa Xi melawat di sana.

 

Menurut beliau, banyak perkara mengenai pertanian telah dibincangkan mereka termasuk dari masalah menyimpan dan memelihara bijirin, sehingga kaedah memasukkan bijirin ke dalam gudang dan cara mengeringkan bijirin.

 

Kimberley berkata, beliau tidak menyangka bahawa Xi mempunyai pengetahuan sangat luas dalam pertanian selain turut memahami peri pentingnya pertanian terhadap dunia.

 

Lima tahun kemudian selepas lawatan Xi tersebut, Kimberley telah datang ke China dan menubuhkan ladang pertanian secara usaha sama di provinsi Hebei dan wilayah autonomi Mongolia Dalam.

 

Jelas Kimberley, persahabatan yang ditunjukkan Presiden Xi membuatnya mahu pergi ke China lagi untuk mengenali lebih ramai kawan.