Moratorium di LCS, Langkah Lindungi Sumber Laut

2022-06-02 13:01:26  CRI
Share with:

Moratorium perikanan musim panas di Laut China Selatan (LCS) adalah langkah biasa yang dilaksanakan China untuk melindungi sumber biologi laut di perairan bawah bidang kuasa sendiri.    

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian berkata, langkah itu juga merupakan manifestasi kesungguhan China dalam melaksanakan kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).

Isnin lalu, Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menerusi satu kenyataan mendakwa penguatkuasaan moratorium di LCS secara sepihak oleh China telah mencabul bidang kuasa negara itu.

Sehubungan itu, Zhao berkata, Filipina harus melihat perkara ini dari perspektif objektif dan menunaikan kewajipan sendiri sebagai negara pesisir LCS untuk bersama-sama mendorong pembangunan mampan industri perikanan di perairan berkenaan.