Pesuruhjaya Kanan Hak Asasi Manusia PBB Tamat Tinjauan di Xinjiang

2022-06-02 16:53:08  CRI
Share with:

Pada Isnin, CEO Volkswagen, Herbert Diess dalam kenyataannya memberitahu bahawa pihaknya akan meneruskan operasinya di Xinjiang.

 

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas kerajaan Jerman meminta agar kebergantungan terhadap China dikurangkan.

 

Menurut Diess, syarikatnya akan memastikan standard buruh dilaksanakan mengikut undang-undang (atau dengan kata lainnya tiada isu buruh paksasan) selain akan menghormati perbezaan kebudayaan dan keagamaan.

 

Beliau berkata, pengoperasian kilang kereta di wilayah majoriti Muslim tersebut bermanfaat bagi memperbaiki rezeki penduduk tempatan.

 

Malah, dengan beraninya, beliau menyatakan bahawa pihaknya sendiri akan mengambil tindakan drastik sekiranya berlaku sebarang kesalahan.

 

Di arena politik Barat, mereka telah membentuk suasana yang mempersoalkan China dan ia mampu membawa faedah kepada riwayat politik mereka, tak kira sama ada ia fakta atau fitnah.

 

Namun, sekiranya mereka berpendirian berpihak kepada China berdasarkan keadaan sebenar, maka mereka mungkin berhadapan risiko tinggi.

 

Keadaan ini juga berlaku setelah Pesuruhjaya Kanan Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet melawat Xinjiang baru-baru ini.

 

Jabatan Pesuruhjaya Kanan Hak Asasi Manusia yang mendapat mandat Setiausaha Agung PBB merupakan pihak yang paling berwibawa untuk menyelaras masalah hak asasi manusia.

 

Mungkin sudah tahu lawatan Puan Michelle Bachelet akan melanggar dengan bohongan mereka, media Barat turut mengeluarkan laporan yang menyatakan kebimbangan atas kebebasan rangka lawatan Puan Michelle Bachelet.

 

“Kebimbangan” itu terus menjadi fitnah yang mendakwa Michelle Bachelet sebagai “penjenayah bersekongkol” setelah beliau menyatakan “saya telah berbual-bual secara tulus ikhlas dengan setiap orang yang ketemu di China, termasuk pegawai, kalangan rakyat, sarjana, pegawai diplomatik dan orang awam.”

 

Beliau turut menghargai pencapaian hak asasi manusia yang cemerlang di China, termasuk pembasmian kemiskinan secara menyeluruh yang tercapai 10 tahun lebih awal daripada jadual.

 

Yang paling tidak boleh diterima oleh Barat mungkin adalah dalam sidang akhbar selepas lawatan, Michelle Bachelet terus terang mengecam kes tembakan yang berlaku di ekolah Rendah Robb, Texas pada 24 Mei dan mendakwa ini telah membukti masalah hak asasi manusia belum diselesaikan di negara itu.

 

Apa jadi seterusnya? Ia tentunya mengundang kemarahan Dewan Negara Amerika dan mereka langsung menyifatkan lawatan Michelle Bachelet ke China sebagai “satu kesilapan”.

 

Taktik Amerika adalah jelas, menggunakan media utama di dunia yang terkawal menyampaikan pembohongan mengenai China dan menjadikannya suatu kewajiban yang mesti diikuti oleh negara sekutunya.

 

Buruh pakasaan di Xinjiang atau fitnah COVID-19 kebocoran dari makmal di Wuhan, semuanya agenda yang sama.

 

Bagaimanapun setelah ada lawatan pakar dari pertubuhan antarabangsa yang paling berwibawa, seperti WHO dan PBB, ke China dan mengeluarkan kenyataan yang tidak senada dengan agenda mereka, para pakar atau pegawai antarabangsa turut dihitamkan.

 

Kebanyakan pakar asing adalah profesional dan beretika tinggi dalam bidang pengajian masing-masing. Apa yang disuarakan mereka hanyalah berdasarkan fakta. Tapi ekorannya mereka menjadi sasaran serangan media Barat dan media sosial, contohnya pakar-pakar yang telah melawat Wuhan dan menolak konspirasi kebocoran makmal di sana.

 

Dengan suasana tersebut, siapakah berani melawat China lagi dan menyampaikan fakta di sini kepada arena antarabangsa?

 

Suara dari China tidak dilaporkan, pihak ketiga tidak berani membela China, masyarakat antarabangsa hanya boleh membaca cerita yang diciptakan oleh Barat dan tersebar oleh media utama terkawalnya.

 

Kadang-kadang, mungkin kita sangka bahawa kita mempunyai pandangan sendiri dan kebebasan bersuara, namun sumber maklumat dan fikiran kita itu semuanya terkawal, dan itulah keadaan sebenar hak asasi manusia di Barat.