Perkhidmatan Kurier di China Meningkat Hampir 19 Kali Ganda

2022-06-02 12:31:33  CRI
Share with:

Dari tahun 2012 hingga 2022, sektor e-dagang di China menyaksikan perkembang drastik dengan pengguna internet untuk membeli-belah dalam talian berjaya mencecah 800 juta orang.

 

Keadaan tersebut sekali gus mendorong perkembangan pesat industri pos laju apabila jumlah kurier yang dicatatkan di China melebihi 100 bilion unit pada 2021, iaitu hampir 20 kali ganda berbanding tahun 2012.

 

Kini, syarikat kurier China masing-masing menambah penggunaan mesin logistik yang moden dalam perkhidmatan mereka termasuk kenderaan tanpa pemandu (UAV) dan kereta tanpa pemandu supaya industri kurier berkembang cepat ke arah pintar dan automatik.