Perkhidmatan Kereta Api China-Laos Tunjuk Prestasi Mantap

2022-06-04 15:04:01  CRI
Share with:

Pengangkutan penumpang dan barang menerusi perkhidmatan kereta api China-Laos menunjukkan trend lonjakan dari segi kuantiti dan kualiti, sekali gus menyerlahkan peranannya selaku laluan logistik emas antarabangsa.

Untuk rekod, jumlah penumpang kereta api itu merekodkan 3.27 juta orang sejak perkhidmatan berkenaan mula beroperasi pada Disember 2021.

Sepanjang setengah tahun lalu, sebanyak 4.03 juta tan kargo dihantar melalui stesen di bahagian China serta Laos, 647,000 tan daripadanya secara rentas sempadan.

Di samping itu, sebanyak 21 provinsi dan bandar di China telah membuka tren kargo rentas sempadan menuju Laos secara berturut-turut.

Kargo berkenaan mencatat lebih 100 jenis seperti baja kimia, produk elektronik, fotovolta dan buah-buahan sejuk beku, dengan meliputi hampir sepuluh negara termasuk Malaysia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Singapura.