Pemikiran Xi mengenai Tamadun Ekologi Tunjuk Hala Tuju Pembangunan Mampan

2022-06-04 15:57:18  CRI
Share with:

Pemikiran Presiden China Xi Jinping mengenai tamadun ekologi menyuntik momentum dan menunjukkan hala tuju pembangunan mampan umat manusia. 

Pujian itu diberi tokoh-tokoh dari pelbagai negara menjelang Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun.

Penyelidik kanan dari Universiti Afrika Selatan (UNISA), Paul Tembe yang pernah tinggal di China selama bertahun-tahun, menyaksikan persekitaran ekologi negara ini terus bertambah baik.

Beliau berpendapat bahawa visi Presiden Xi untuk membina China yang indah serta melindungi alam sekitar akan mendatangkan manfaat kepada seluruh dunia.

Dalam Sidang Kemuncak Pemimpin Persidangan Ke-15 Pemeterai Konvensyen Biodiversiti (COP15) yang diadakan di Kunming, provinsi Yunnan pada Oktober tahun lalu, Presiden Xi mengumumkan peruntukan sebanyak 1.5 bilion yuan (RM988 juta) untuk menubuhkan Tabung Biodiversiti Kunming.

Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa dan Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Ekologi Rusia, Ivan Kushch berkata, penubuhan tabung itu akan memberi sokongan kukuh kepada usaha perlindungan biodiversiti di negara-negara membangun.