Janganlah Hanya Sebut ‘Hormat’ di Mulut

2022-06-04 16:58:07  CRI
Share with:


Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken ketika menyampaikan pidato mengenai dasar terhadap China baru-baru ini berkata, terdapat percanggahan mendalam antara AS dengan Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan China.

Tambah beliau, percanggahan itu wujud antara kerajaan kedua-dua negara, dan bukannya sesama rakyat.

Setiausaha Negara AS itu turut mendakwa dirinya menghormati pencapaian, sejarah dan budaya rakyat China.

Kenyataan tersebut ternyata memaparkan taktik ‘hipokrasi’ yang sangat pandai digunakan politikus AS.

Amat jelaslah, ia bertujuan untuk memfitnah PKC, selain melaga-lagakan hubungan antara PKC dengan rakyat.

Sekiranya benar-benar menghormati rakyat China, politikus AS perlulah menghormati jalan pembangunan dan sistem politik yang dipilih mereka.

Menurut hasil tinjauan pendapat umum Universiti Harvard, tahap kepuasan rakyat China terhadap PKC dan kerajaan kekal melebihi 90 peratus bagi tempoh lebih sedekad lalu.

Selain itu, menurut laporan syarikat konsultasi komunikasi antarabangsa, Edelman, tahap kepercayaan rakyat China terhadap kerajaan mencecah 91 peratus pada 2021, sekali gus mencatat rekod paling tinggi dalam tempoh sepuluh tahun lalu, dan menduduki tempat pertama di dunia.

Kesemuanya memperlihatkan dengan jelas bahawa PKC merupakan pilihan rakyat China sendiri.

Tidak kira bagaimana ia dipakejkan atau disamarkan, pidato Blinken itu tidak dapat menyembunyikan niatnya untuk mengekang pembanunan China. Ia jelas terpampang di depan mata rakyat China dan masyarakat antarabangsa.

Musilihat adu domba yang dimainkan politikus AS pasti akan sia-sia sahaja. Mereka diingatkan supaya memberi tumpuan kepada masalah domestik bagi memperoleh kepercayaan rakyat sendiri.