China Berjaya Lancar Shenzhou-14

2022-06-05 13:46:27  CRI
Share with:

Kapal angkasa Shenzhou-14 yang dibawa roket Long March-2F berjaya dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, pada 10.44 pagi tadi.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa tersebut dihantar ke orbit mengikut jadual dan tiga anak kapal berada dalam keadaan baik.

Ia merupakan misi penerbangan kali ketiga membabitkan kehadiran angkasawan pada fasa pembinaan stesen angkasa lepas China.

Ketiga-tiga angkasawan tersebut dijadualkan berada di angkasa lepas selama enam bulan untuk menjalankan misi seperti menyelenggara dan membaik pulih kemudahan, mengendalikan tangan robotik, melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta eksperimen berkenaan.