Pembangunan Lestari Kerajaan dan Perusahaan Diutamakan

2022-06-06 16:13:09  CRI
Share with:

Kerajaan dan perusahaan didesak mengutamakan pembangunan lestari.  Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Sabtu menjelang ketibaan Hari Persekitaran Sedunia yang jatuh pada 5 Jun.

Sebelum mengemukakan saranan yang terperinci berhubung pembangunan sumber tenaga yang boleh dibaharui, Guterres menggesa kerajaan pelbagai negara mempertimbangkan unsur perkembangan berterusan apabila membuat keputusan, dan menonjolkan tindakan menangani perubahan iklim dan pemeliharaan alam sekitar dalam kesemua pekerjaan. Selain itu, sektor korporat didesak mengutamakan pembangunan lestari, memandangkan bumi yang sihat adalah tunjang bagi perkembangan mana-mana pun industri. Masyarakat antarabangsa seharusnya menyokong pemeliharaan sistem ekologi yang rapuh melalui penggunaan pengetahuan dan pendekatan tradisional.

Ditegaskan pada Persidangan Persekitaran Antarabangsa "Stockholm+50" yang diadakan baru-baru ini bahawa matlamat pembangunan lestari yang ditetapkan masyarakat antarabangsa bergantung pada bumi yang sihat. Untuk menggalakkan perkembangan sumber tenaga yang boleh dibaharui, Guterres mengusulkan untuk melipatgandakan pembekalan teknologi dan bahan mentah, meringkaskan prosedur yang terbabit, mengalihkan arah memberikan subsidi, dan meningkatkan pelaburan berkenaan sebanyak dua kali ganda.

Tambah beliau, PBB akan terus berperanan sebagai peneraju dalam kerjasama dan penyelarasan global.

"Tidak bertentangan dengan alam sekitar, melainkan bekerjasama dengannya merupakan satu-satunya pendekatan ke masa depan," kata beliau.