Hospital TCM Siap Dibina di HK Menjelang 2025

2022-06-06 15:44:16  CRI
Share with:

Pembinaan Hospital Perubatan Tradisional Cina (TCM) & Pusat Pemeriksaan Herba, merupakan satu lonjakan bagi pembangunan baharu TCM di Hong Kong, kata Setiausaha Makanan dan Kesihatan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong(HKSAR), Sophia Chan Siu-Che menerusi blognya pada Ahad.

Menurut maklumat Chan, hospital yang terletak di Pak Shing Kok di Tseung Kwan O itu dijangka siap dibina menjelang 2025 dan bakal beroperasi secara berperingkat.

“Hospital itu merangkumi khidmat rawatan yang melibatkan rawatan dalaman, pembedahan, ginekologi, pediatrik, ortopedik dan akupunktur.

“Hospital yang akan dilengkapi 400 katil itu dijangka dapat memberi rawatan kepada kira-kira 310,000 pesakit setahun.

“Selain itu, rawatan untuk penyakit jenis tertentu juga akan disediakan berdasarkan gabungan TCM- Barat,” kata Chan.

Chan menambah, kerajaan HKSAR akan terus menggalakkan pembangunan TCM dan mengukuhkan peranan TCM dalam perkhidmatan kesihatan awam supaya menambah pilihan kepada pesakit setempat ketika mereka memilih perkhidmatan perubatan yang sesuai.