Pengeluaran Alat Ganti Automobil Pulih di Shanghai

2022-06-06 13:41:40  CRI
Share with:

Perusahaan automobil yang terjejas semasa penularan wabak COVID-19 di Shanghai segera memulihkan pengeluaran pada bulan ini.

Lebih 1,000 syarikat dari industri yang mempunyai skala tertentu di metropilitan tersebut terpaksa ditutup untuk sementara waktu semasa berdepan dengan wabak yang berleluasa bermula hujung Mac. Ada juga yang memanggil pekerjanya mengekalkan pelaksanaan tugas dengan menginap di bengkel untuk memastikan pengeluaran berjalan seperti biasa.

Sementara itu, kerajaan tempatan giat meninjau keinginan syarikat dan permintaan mereka terhadap barangan dalam pengeluaran secara tertutup, dan menyusun pelan penyelarasan pengagihan barangan untuk membantu mereka mengatasi kesulitan dalam pengeluaran.

Bagi rantaian perkilangan automobil, mana pun yang terputus akan menjejaskan keseluruhan tali pengeluaran. Contohnya, Syarikat BWI Shanghai memerlukan 130 alat ganti untuk menghasilkan brek kawalan ESC, dan kesemua 2,000 alat ganti yang dihasilkan syarikat itu dibekalkan dari lebih 300 perusahaan.

Apabila mengenalpasti suatu perusahaan bersyarat untuk memulihkan pengeluaran, kerajaan tempatan giat menyediakan bantuan kepada mereka sepanjang proses pengesahan.

Setakat Sabtu lalu, kesemua perusahaan alat ganti kunci automobil di Daerah Baharu Pudong yang menyumbang 10% dalam keseluruhan pengeluaran kebangsaan dilaporkan telah menyambung semula operasinya, dan bersedaya-upaya mengurangkan kerugian yang ditimpa semasa penularan wabak.