Platform Maklumat Insurans Perubatan China Siap Dibina

2022-06-07 15:14:58  CRI
Share with:

Platform maklumat insurans perubatan bersepadu China disiapkan melalui pembinaan selama lebih dua tahun. Ia sekali gus menjadi jaringan insurans perubatan penduduk yang terbesar di dunia.

Dengan meliputi 400,000 institusi perubatan dan 400,000 kedai farmasi, platform ini mampu menyediakan perkhidmatan perubatan bermutu tinggi kepada 1.36 bilion penduduk yang mempunyai insurans.

Platform tersebut turut berperanan penting dalam pembayaran antara satu provinsi dengan satu provinsi lain, mempunyai pembaharuan terhadap cara membayar, penyeliaan pintar, pembelian ubat secara berpusat, serta penyeliaan terhadap harga ubat.