"Monroe Doctrine" Tak Laku di Amerika Latin

2022-06-07 15:14:18  CRI
Share with:

"Sidang Kemuncak Amerika tahun ini dilihat tanda kemerosotan kuasa pimpinan Amerika Syarikat (AS) di rantau Amerika Latin", ujar sebuah media Mexico.

 

Sidang Kemuncak Amerika ke-9 diadakan di Los Angeles, AS bermula 6 Jun lalu. Namun, ekoran kritikan dan pemboikotan dari beberapa pemimpin negara Amerika sebelum ini, beserta keputusan pihak AS tidak mengundang pemimpin dari Cuba, Venezuela, Nicaragua, akhirnya sidang kemuncak anjuran AS ini kelihatan macam "perbualan" semata-mata.

 


Kongres AS tidak mengundang pemimpin tiga negara tersebut atas alasan "masalah demokratik" telah mencetuskan pertentangan negara Amerika Latin pada April lalu. Antaranya, pemimpin Mexico dan Bolivia menolak menghadiri sidang kali ini sekiranya AS tidak mengundang pemimpin dari semua negara Amerika. Sebuah kenyataan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak ke-21 Persekutuan Bolivarian Amerika (ALBA) baru-baru ini pula mengecam perbuatan diskriminasi dilakukan AS terhadap sesetengah negara Amerika Latin dan negara Lautan Caribbean.

 

Sejak "Monroe Doctrine" diamalkan AS untuk mengendalikan Amerika Latin pada 1823, negara-negara rantau ini tidak pernah berhenti dari dihantui tindakan campur tangan ketenteraan, manipulasi politik, sekatan dan inflasi yang dilakukan AS.

 

AS menghukum negara "sayap kiri" di rantau ini yang "tidak mengikuti arahan AS" melalui peluang sidang kemuncak Amerika ini merupakan bukti baharu amalan "Monroe Doctrine" yang masih wujud dalam pemikiran Washington.

 

Pakar isu antarabangsa dari Mexico, Javier Reyes menyatakan AS mengintensifkan amalan hegmoni melalui sidang kemuncak terbabit. Perbuatan ini pasti mengundang pertentangan keras sebab membelakangi hasrat negara Amerika Latin untuk mengejar integrasi.

 

Selain itu, gimik AS untuk menarik negara Amerika Latin untuk memihak kepada negaranya dalam isu melibatkan China juga ditakdir gagal sebab masalah paling mendesak dihadapi rantau ini adalah pemulihan ekonomi, bukan pertentangan geopolitik.

 

Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez ketika diwawancara media AS menyatakan bahawa pihaknya berpendapat pelaburan China di Amerika Latin bukan suatu "ancaman", dan menyeru AS bersama-sama China terus meningkatkan pelaburannya dalam pembangunan infrastruktur strategik di rantau ini.

 

Benua Amerika ialah Amerika bagi rakyat Amerika, bukan Amerika bagi rakyat AS.  Sidang kemuncak kali ini mungkin boleh membawa satu makna yang terbesar, iaitu membuktikan apa yang dinilai ahli penganalisis kanan dari Venezuela, Fernando Rivero berhubung "hegmoni sepihak AS sudah sampai keakhirannya".