Wang Yang Temui Speaker Singapura

2022-06-07 15:11:20  CRI
Share with:

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Yang telah menemui Speaker Parlimen Singapura, Tan Chuan-Jin dalam talian di Beijing semalam.

 

Wang Yang berkata, Presiden China Xi Jinping mengekalkan hubungan rapat dengan Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan telah mencapai sejumlah kata sepakat yang penting melibatkan perkembangan hubungan kedua-dua negara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Menurut Wang, kedua-uda pihak perlu terus meningkatkan penyelarasan strategik dalam pembangunan, melaksanakan hasil yang tercapai dalam Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-30 Hubungan Dialog China-ASEAN di samping mendorong hubungan rakan kerjasama pelbagai aspek berkembang ke tahap yang baharu. Sementara itu, CPPCC bersedia terus meningkatkan interaksi dengan Parlimen Singapura supaya mendorong hubungan bilateral terus mencapai kemajuan baharu.

 

Tan Chuan-Jin pula berkata, pihaknya bersedia mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang dengan China, membina saluran baharu darat dan maritim, dan mewujudkan wahana baharu kerjasama. Beliau juga meluahkan kesediaan Parlimen negara itu untuk mengekalkan persahabatan dengan CPPCC dalam mendorong pembangunan hubungan kedua-dua negara.