Bolehkah Politikus AS Jelaskan Bohongnya Melibatkan Xinjiang

2022-06-08 13:50:13  CRI
Share with:

Jelas sekali seperti kita semua tahu bahawa Xinjiang tidak ada sebarang masalah, tetapi mengheboh-hebohkan isu“buruh paksa”, “genosid” dan hak asasi manusia di Xinjiang, adalah ‘langkah yang berkesan’ yang bertujuan mengheret kerajaan China ‘terperangkap dalam kancah’. Ucapan petugas Jabatan Ekonomi dan Politik Konsulat Jeneral AS ke Guangzhou dan Konsul, Sheila Carey dan Andrew Chira dalam satu majlis jamuan pada tahun 2021 ini, terus mendedahkan muslihat AS mahu memperalatkan isu Xinjiang. Pada masa itu, para peserta terkejut dengan ucapan terbabit dan menganggap mana dapat memperolehi keuntungan daripada pembohongan itu?

Pada penghujung bulan lalu, AS mengarahkan satu lagi sandiwara politik yang lawak sempena Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet menjalankan lawatan ke China. Sebelum lawatan itu dimulakan, AS menuntut pegawai PBB itu menambah tinjauan ke Xinjiang dalam jadual lawatannya, kemudian pada saat sebelum pegawai itu bertolak, AS mengubah sikapnya dengan menyuarakan tentangannya terhadap lawatan itu. Sekarang lawatan itu sudah berakhir, Bachelet menyatakan dengan jelas bahawa komunikasi dan perbualannya dengan tokoh pelbagai lapisan masyarakat tempatan di Xinjiang dilaksanakan tanpa sekatan dan pengawasan dari mana-mana pihak pun. Namun, Jabatan Negara AS pula mencela bahawa lawatan Bachelet dihadkan dan dimanipulasi, malah muncul suara dalam media sosial AS yang menggesa Bachelet meletakkan jawatannya. 

Betapa banyak tohman pun tidak dapat menafikan fakta yang ditunjukkan. Menurut data daripada kerajaan tempatan Xinjiang, pada lima bulan pertama tahun ini, seramai 263,000 orang di bandar dan luar bandar Xinjiang telah mendapat peluang kerja baharu, mewakili 57.17% sasaran sepanjang tahun ini iaitu 460,000 orang. Sememangnya tidak mudah pencapaian ini di sebalik tekanan ekonomi dan impak daripada wabak COVID-19 pada masa kini.

Tak kira kematian Muslim dalam bilangan besar semasa “perang anti keganasan” yang dilancarkannya, kenapa AS hanya mengendahkan golongan Muslim di Xinjiang? Bolehkah politikus AS memberikan penjelasan yang masuk akal tentang bohong rekaan mereka?