Malaysia, Britain Tandatangani Perjanjian Kerjasama Iklim

2022-06-08 13:47:29  CRI
Share with:

Malaysia dan Britain telah menandatangani sebuah perjanjian baharu untuk meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam tindakan iklim semalam. Menurut maklumat berkenaan, perjanjian perkongsian tentang iklim itu merangkumi lima bidang, iaitu kerjasama dalam iklim dan biodiversiti, berkongsi pengetahuan, mendorong kerjasama sains dan teknologi serta menyokong badan swasta mengambil bahagian dalam program iklim dan aktiviti perhubungan dengan luar.

Kerajaan Britain dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawang menyatakan bahawa perjanjian baharu ini bertujuan mendorong usaha bersama-sama kedua-dua negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Menurut rekod lain, Malaysia dan Britain telah menjalinkan perkongsian  strategi bilateral yang baharu pada bulan November tahun 2021.