China Harap Tingkatkan Persefahaman Jana Kerjasama Asia Timur

2022-06-08 13:37:08  CRI
Share with:

China menanti-nantikan persepakatan dicapai oleh negara serantau tentang perpaduan dan kerjasama untuk mengatasi cabaran bersama-sama pada siri sidang pegawai kanan Asia Timur yang bakal diadakan. Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Selasa.

Menurut beliau, Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan, Sidang Kemuncak Asia Timur, dan Sidang Pegawai Kanan Forum Serantau ASEAN dijadualkan secara maya pada 8 hingga 9 Jun. Pelaksanaan hasil yang tercapai dalam siri sidang pemimpin negara pada tahun lalu dan pembangunan pelbagai mekanisme pada masa depan dijadikan tumpuan perbincangan. Penolong Menteri Luar China, Wu Jianghao akan menghadiri siri sidang terbabit.

“Sejak hujung tahun lepas, China dan ASEAN giat mendorong pelaksanaan hasil yang tercapai dalam sidang kemuncak peringatan ulang tahun ke-30 hubungan dialog dan memperdalam persahabatan dan kerjasama. China berharap menerusi siri sidang kemuncak kali ini pelbagai pihak menguasai arah tepat kerjasama Asia Timur, menumpu kepada pemulihan pasca wabak dan pembangunan lestari, memperdalam kerjasama substantif, membuahkan hasil positif untuk mempersiapkan siri sidang pemimpin negara dan menteri luar Asia Timur, supaya menyumbang kepada kedamaian, pembangunan dan kemakmuran serantau,” katanya lagi.