FAST Kesan FRB Pertama yang Aktif Secara Berterusan

2022-06-09 13:37:21  CRI
Share with:

Ledakan radio pantas (FRB) merupakan letusan radio paling terang di alam semesta dan ia melepaskan jumlah tenaga hampir yang dipancarkan matahari untuk sepanjang tahun dalam 1 milisaat sahaja.

Baru-baru ini, teleskop radio China, FAST berjaya mengesan FRB pertama yang aktif secara berterusan dan ia hasil kajian itu turut diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa "Nature", hari ini.

Kejayaan tersebut sekali gus menandakan FAST telah menemui satu-satunya FRB berulang aktif secara berterusan setakat ini melalui projek utama prioriti "Pelbagai Sasaran Sains Serentak Rodaan di Langit” (CRAFTS).

Difahamkan, penyelidikan tentang FRB tidak mengambil tempoh lama, dengan kewujudan gejala alam itu disahkan buat kali pertama pada 2007, dan FRB pertama yang mengulangi ledakan ditemui pada 2016.

Menurut penyelidik dari Balai Cerap Astronomi Kebangsaan Akademi Sains China, Li Di, FRB dikenali sebagai penemuan paling penting dalam astronomi selepas pengesanan gelombang graviti.

“Penemuan FRB pertama yang aktif secara berterusan membuktikan bahawa China telah mencapai tahap paling maju dalam sektor yang baharu ini.

“FRB akan membantu dalam membina gambaran proses evolusi fenomena misteri,” ujar beliau.