Kerjasama Filipina-China Diharap Menuju Tahap Baharu
Apabila menghadiri aktiviti sambutan Hari Persahabatan Filipina-China semalam, Presiden Filipina yang baru terpilih, Ferdinand Romualdez Marcos berharap kedua-dua negara terus meningkatkan kerjasama.
Marcos berkata, persahabatan kedua-dua pihak yang berkekalan seribu tahun telah membawa manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara. Kerjasama Filipina-China dalam bidang perdagangan, kesenian, kebudayaan, pendidikan, keamanan dan kestabilan serantau terus dilonjakkan menuju tahap yang baharu walaupun dalam tempoh penularan pandemik COVID-19. Sementara itu, China juga telah menyediakan peluang pekerjaan yang semakin banyak kepada penduduk Filipina. Beliau berkata, kedua-dua negara akan mengekalkan persahabatan dalam masa akan datang di samping penuh harapan terhadap hubungan diplomatik Filipina-China serta kerjasama pertukaran kedua-dua pihak yang dijangka akan membuahkan hasil yang memuaskan.
Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian pula menyatakan hubungan bilateral menghadapi peluang penting dan prospek cerah. Sebagai negara membangun di rantau Asia, kedua-dua negara perlu berganding bahu untuk menghadapi cabaran, memfokuskan keamanan dan pembangunan serta merealisasikan kerjasama menang-menang.