AS Canangkan Lagi 'Buruh Paksa' Xinjiang dalam Industri Fotovaltaik

2022-06-09 16:16:56  CRI
Share with:

Xinjiang ialah pangkalan pengeluaran silikon Polycrystaline yakni bahan asas industri fotovoltaik yang paling penting di dunia. Amerika Syarikat (AS) mereka-reka apa yang disebut “gejala buruh paksa” di Xinjiang adalah untuk membendung industri fotovoltaik yang berkembang maju di Xinjiang melalui manipulasi politik sehingga China kehilangan kedudukan dominasi dalam bidang tersebut. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian semalam.  

Menurut maklumat berkenaan, wakil perdagangan AS, Katherine Tai baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat 85% pengeluaran panel solar di dunia bergantung kepada China dan rantai industri berkenaan melibatkan seluruh kawasan Xinjiang, namun di sana terwujud masalah “buruh paksa” yang amat serius.

Sehubungan ini, Zhao menyatakan bahawa ucapan berkenaan adalah bohong belaka dan hanya berniat mengasingkan China daripada rantai bekalan dan rantai industri global.

“Apa yang dilakukan AS hanya akan mengekang perdagangan produk fotovoltaik yang normal, mengacaukan rantai bekalan yang normal serta menjejaskan usaha sejagat menangani perubahan iklim, dan juga akan membawa impak buruk kepada negaranya sendiri. China akan mengambil langkah sepatutnya untuk membela hak dan kepentingan milik syarikat domestik yang sah”. Kata Zhao.