Campur Tangan Isu Pertahanan Taiwan, Heret Leher Sendiri
Didedahkan media Jepun baru-baru ini, kerajaan Jepun merancang akan menghantar pegawai Kementerian Pertahanan ke wilayah Taiwan China pada musim panas tahun ini untuk meningkatkan apa yang disebut ‘keupayaan mengumpulkan maklumat perisikan’. Sementara itu, pihaknya juga merancang menubuhkan Markas Pasukan Pertahanan Diri Darat, Maritim dan Udara atas alasan "kebimbangan akan ketenteraman Taiwan".
Dua maklumat berbahaya itu, jika dibuktikan benar, dilihat isyarat yang terkini dilepaskan Jepun dalam isu Taiwan.
Jepun berhutang dosa besar terhadap rakyat China dalam sejarah di Taiwan. Pentadbiran imperialisme Jepun pernah menceroboh Taiwan dan kepulauan Penghu pada 1895 dan menjalankan pemerintahan penjajahan selama separuh abad yang turut membawa kesengsaraan teruk terhadap penduduk tempatan.
Sempena hubungan diplomatik China-Jepun dipulihkan pada 1972, Jepun pernah secara tegasnya mengeluarkan komitmen tentang pelaksanaan prinsip "Satu China" dan menangani isu Taiwan dengan baik. Namun pada tahun-tahun kebelakangan ini, sesetengah politikus Jepun bersekongkol dengan pihak Amerika Syarikat (AS) untuk berkali-kali mencanangkan isu Taiwan.
Sebenarnya kuasa sayap kanan pelampau dan pemikiran imperialisme yang miliknya tidak pernah dihapuskan ekoran terwujudnya faktor AS setelah Perang Dunia ke-2 berakhir. Mereka giat menyebarkan dakwaan "ancaman China" dan krisis keselamatan serantau kepada rakyat domestik negara itu, dengan tujuannya untuk memecahkan sekatan perlembagaan damai, kembali ke jalan imperialisme dan merealisasikan hegmoninya di rantau Asia.
"Strategi Indo-Pasifik" yang diamalkan AS untuk mengekang pembangunan China mendapat sambutan sesetengah politikus Jepun yang turut memilih bekerjasama untuk membantu NATO mengembangkan sayapnya di Asia Pasifik sambil mengacau-bilaukan rantau ini bagi mengurangkan halangan terhadap pembangkitan semula Jepun dalam bidang ketenteraan. Negara-negara rantau ini sepatutnya berwaspada terhadap tindakan berbahaya kuasa sayap kanan Jepun yang sedang mencetuskan konfrontasi dan perpisahan baharu di Asia.
Anggota Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Pusat, Yang Jiechi telah menghubungi Setiausaha Agung Sekretariat Keselamatan Negara Jepun, Akiba Takeo menerusi telefon pada Selasa lalu. Menurut Yang, isu Taiwan merupakan krisis besar dihadapi hubungan China-Jepun. Jika politikus Jepun degil "main api" dalam isu yang melibatkan kepentingan teras China, akibatnya hanya satu sahaja, iaitu mengheret leher sendiri sampai ajalnya.