AUKUS Didesak Jelaskan Kerjasama Kapal Selam Nuklear

2022-06-10 13:29:46  CRI
Share with:

Majlis Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah membahaskan “pelbagai masalah melibatkan impak kerjasama kapal selam nuklear AS, Britain dan Australia (AUKUS) terhadap ‘Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT)’” semalam.

Wakil tetap China PBB di Vienna, Wang Qun berkata, kerjasama kapal selam berkuasa nuklear antara AUKUS sebagai tindakan yang “melanggarkan tiga peraturan” telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Oleh itu, tiga negara tersebut didesak memberikan satu penjelasan yang berkenaan.

 

Wang berkata, melalui kerjasama kapal selam nuklear, AS, Britain dan Australia telah melanggar NPT, melanggar perjanjian penyeliaan komprehensif IAEA dan perjanjian tambahan ditandatangani Australia dengan IAEA. Sehubungan itu, hakikat tentang pemindahan bahan senjata nuklear secara haram tidak boleh disembunyikan tak kira apa alasan diberikan tiga negara tersebut dalam kerjasama kapal selam nuklearnya.

Wang menunjukkan AS dan Britain mengamalkan dwistandar dalam isu kawalan senjata nuklear. Perbuatan ini dijangka akan membawa impak yang bersifat malapetaka terhadap sistem kawalan nuklear antarabangsa, penyelesaian isu nuklear Iran dan nuklear Semenanjung Korea.

Wang menyeru pelbagai pihak agar melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, mengekalkan perbincangan antara IAEA dengan kerajaan berkenaan, mencari langkah penyelesaian dalam isu kerjasama kapal selam nuklear AUKUS supaya mempertahankan NPT dengan tindakan praktik, melindungi sistem kawalan nuklear antarabangsa dan keamanan serta keselamatan antarabangsa.