Wajah Sebenar Tuannya Terdedah dalam Laporan Kaki Bohongan

2022-06-11 15:58:24  CRI
Share with:

Demi menyahut tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mahu menguatkuasakan apa yang disebut “Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur”, kaki bohongan Adrian Zenz sekali lagi mencanangkan sebuah laporan rekaannya yang mengatakan China sedang memperluas lingkungan dan skopnya dalam pelaksanaan dasar “buruh paksa”. Wahai, sememangnya macam-macam cubaan AS yang bertujuan memicit Xinjiang China keluar daripada rantai bekalan dan rantai industri global.

Menurut Konvensyen Buruh Paksa gubalan Pertubuhan Buruh Antarabangsa, mereka yang dipaksa untuk menjalankan kerja dengan ancaman dihukum adalah disebut sebagai “buruh paksa”. Tetapi, keadaan ini tidak wujud di Xinjiang sama sekali.

Ucapan bekas diplomat AS ke China yang terdedah baru-baru ini pun menunjukkan bahawa seperti yang diketahui umum, tiada apa-apa pun masalah di Xinjiang, tetapi mengheboh-hebohkan isu“buruh paksa”, “genosid” dan hak asasi manusia di Xinjiang merupakan ‘langkah yang berkesan’ yang bertujuan mengheret kerajaan China ‘terperangkap dalam kancah’.

Laporan baharu yang direka-reka Adrian Zenz itu gagal menunjukkan sebarang fakta dan data yang boleh membuktikan ‘terwujudnya’ gejala “buruh paksa”, dan hanya berbohong bahawa gejala itu sedang diperluas ke industri berteknologi tinggi.

 “Akta pencegahan buruh paksa Uygur” yang ditandatangani kerajaan AS pada penghujung tahun lalu, bakal berkuatkuasa pada 21 Jun. Akta itu melarang pengimportan barangan dari Xinjiang berkecuali produk berkenaan dapat dibuktikan bukan hasil “buruh paksa”. Akta yang berbau bohongan itu dengan slogan “memelihara hak asasi manusia” sebenarnya bertujuan mengekang pembangunan Xinjiang dan menghancurkan peluang pembangunan milik penduduk tempatan. Inilah baru lakuan yang benar-benar mencabuli hak asasi.