Sokong Inovasi Sektor Swasta, Kondusif bagi Ekonomi China dan Dunia

2022-06-11 13:34:38  CRI
Share with:

Baru-baru ini, XGIMI Optoelectronic sebagai satu syarikat swasta dijadikan salah satu perhentian dalam jadual turun padang Presiden China, Xi Jinping di provinsi Sichuan, bahagian barat daya negara ini. Xi turut diberitahu keadaan tentang inovasi syarikat terbabit dan langkah kerajaan tempatan menyokong ekonomi swasta.

Seawal November 2018, Xi dalam satu sesi temu bual dengan perwakilan syarikat swasta pernah menjelaskan kedudukan sektor swasta dalam ekonomi domestik seperti berikut, "lebih 50% cukai, lebih 60% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih 70% hasil inovatif teknologi, lebih 80% peluang kerja dalam dan luar bandar, dan lebih 90% jumlah perusahaan adalah sumbangan dari sektor swasta". Boleh dikatakan, syarikat swasta mempunyai kaitan yang langsung dengan pembangunan ekonomi China yang  didorong ke arah berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, sektor swasta berdepan dengan semakin banyak kesukaran dan cabaran, ekoran penularan wabak COVID-19 dan perubahan drastik situasi semasa dalam dan luar negeri, serta bertambahnya unsur tidak menentu dari persekitaran masyarakat antarabangsa. Sehubungan itu, kerajaan pelbagai peringkat giat mencari pendekatan untuk membantu mereka mengatasi kesulitan dalam memicu pembangunan. Semasa melakukan tinjauannya di syarikat XGIMI Optoelectronic Bhd., Presiden Xi memilih mengarahkan pegawai tempatan memberikan penjelasan tentang dasar bantuannya kepada sektor swasta. Ini dilihat sebagai satu isyarat bahawa China ‘tidak berganjak daripada usaha menggalakkan, menyokong dan membimbing pembangunan ekonomi swasta’.

Berdepan dengan unsur tidak menentu dalam operasi ekonomi sejagat dan tekanan dari tiga aspek, iaitu berkurangnya permintaan, pembekalan yang terjejas dan prospek yang menguncup, sektor swasta tetap mempunyai anak kunci bagi "memupuk peluang baharu dan membuka lembaran baharu". Itulah "inovasi".

Justeru "inovasi" yang berperanan menjadikan syarikat XGIMI Optoelectronic sebagai peneraju dalam industri kelengkapan penayangan domestik.

Sepanjang tinjauan turun padangnya di Sichuan, Xi meluahkan harapan agar inovasi teknologi dipergiatkan untuk memupuk lebih banyak syarikat peneraju yang berkaliber tinggi dan membentuk kluster syarikat yang inovatif.

 

Menurut data statistik dari Kastam China, pada Januari hingga Mei 2022, jumlah import eksport syarikat swasta meningkat 11.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat RMB7.86 trilion (RM5.17 trilion), iaitu menyumbang 49% keseluruhan perdagangan luar China.

"China akan mempercepat langkah transformasi ke negara perkilangan yang kuat berdasarkan peningkatan kemampuan inovatif." Perkataan Xi ini dilihat sebagai arahan bagi perusahaan swasta mengukuhkan keyakinan dalam memicu pembangunan. Sokongan terhadap sektor swasta bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada China, tetapi juga boleh menjadi penjana bagi pemulihan ekonomi sedunia.