Tunjuk Perasaan Menentang Keganasan Senjata Api di AS
Penduduk di pelbagai tempat di Amerika Syarikat (AS) mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran pada Sabtu untuk menggesa kerajaan dan politikus mengambil tindakan menangani masalah keganasan senjata api bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.
Tunjuk perasaan anjuran pertubuhan “March For Our Lives” tersebut diadakan di lebih 450 tempat di negara itu yang melibatkan Washington, New York, Chicago, Denver, San Antonio dan Los Angeles.
Salah seorang petugas pertubuhan March For Our Lives, Trevon Bosley berkata, tangisan kanak-kanak AS dapat kedengaran di seluruh dunia, tetapi sesetengah politikus AS tetap memekakkan telinga dan membisu.
Terdapat sekurang-kurangnya 256 insiden tembakan berlaku di AS tahun ini yang sudah meragut nyawa lebih 19 ribu mangsa, antaranya termasuk 735 orang remaja bawah umur, menurut Arkib Keganasan Senjata AS.