Pengangkutan Kargo Domestik Terus Pulih Sejak Mei

2022-06-12 14:54:39  CRI
Share with:

Jumlah pengangkutan kargo menerusi landasan kereta api pada bulan Mei meningkat 6.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menokok 340 juta tan, iaitu satu rekod baharu dalam sejarah. Yang agak menonjol dalam pengangkutan tersebut adalah barangan jaminan strategik,  seperti bijirin dan baja kimia yang melonjak 28.2% dengan mencatat 5.02 juta tan. Selain itu, pengangkutan kargo menerusi lebuh raya telah pulih 90%. Dibanding dengan pertengahan April lalu, jumlah pengangkutan lebuh raya di seluruh negara meningkat kira-kira 10% secara puratanya setiap hari sejak 20 Mei.

Sementara itu, jumlah pemprosesan kargo di pelabuhan mencatat 1.03 bilion tan, dan jumlah pemprosesan kontena naik 4.2% dengan mencatat 23.08 juta TEU. Antaranya, 11 hab pelabuhan antarabangsa milik China menyaksikan peningkatan pemprosesan kontena pada kadar 5.2%, dengan menokok 17.76 juta TEU.