China Kekal Anggota ECOSOC untuk Penggal Baharu

2022-06-12 14:50:18  CRI
Share with:

China telah mencapai kemenangan dalam pengundian Pehimpunan Agung Ke-76 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan Jumaat bagi menentukan keanggotaan Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) untuk penggal baharu.

Jumlah kerusi ECOSOC dibahagikan mengikut rantau yang berbeza. Sebanyak 17 buah negara dari rantau Asia Pasifik, Afrika, Amerika Latin dan Caribbean, Eropah Barat, dan Eropah Timur terpilih dalam pengundian Jumaat dan dijangka memulakan tempoh perkhidmatannya selama tiga tahun bermula 1 Januari tahun 2023.

Dimakumlan, sebagai salah satu pertubuhan yang beroperasi berdasarkan Piagam PBB, ECOSOC bertanggungjawab menangani hal ehwal ekonomi, sosial, pembangunan, kebudayaan dan pendidikan. Satu pertiga dari kesemua 54 anggotanya perlu ditentukan semula melalui pengundian anjuran Perhimpunan Agung PBB setiap tahun.