Indeks Keyakinan Pengguna AS Cecah Paras Paling Rendah 44 Tahun

2022-06-13 12:52:33  CRI
Share with:

Menurut portal CNBS, data indeks keyakinan pengguna Universiti Michigan Amerika Syarikat (AS) merosot ke paras 50.2, iaitu lebih rendah daripada tahun 2020, bila tercetus pandemik COVID-19, dan tahun 2008, bila tercetus krisis Lehman. Indeks tersebut turut merekodkan tahap paling rendah sepanjang 44 tahun.

Dalam pada itu, data kerajaan AS menunjukkan bahawa indeks harga pengguna (IHP) negara itu pada bulan Mei mencipta paras tertinggi dalam 40 tahun lalu.

Laporan itu menyebut bahawa inflasi dan kebimbangan terhadap penggunaan menjadikan orang ramai bimbang akan kemelesetan ekonomi telah bermula di negara itu.